BrotherHood.Co Seksyen 7 Shah Alam

Assalamualaikum.
Sebenarnya saya dan kawan kawan saya mula untuk jadi 'food hunter' baru baru ini sebab kami suka makan dan 'try' benda baru. Yela, kami pelajar uitm dan menyewa di sekitar seksyen 7. Jadi, kami berasa rugi untuk melepaskan peluang merasa makan di cafe dan restaurant yang 'famous' di sana. Okay harini saya akan bagi 'feedback' untuk kedai makan brotherhood yang terletak di area seksyen 7 shah alam dan anda mesti datang. Saya tidak dibayar untuk bagi 'review' kedai ini dan saya juga bukan ada kenalan pun di situ. Tetapi tergerak hati saya untuk 'recommend' pada anda semua makan di sini kerana makanannya berbaloi dan murah. Bagi saya, kedai yang cantik, hipster dan service tiptop biasanya mahal kan? Tapi tidak di brotherhood. Mereka menawarkan menu istimewa dan ada juga biasa biasa. Ikut selera anda la, selalu saya akan order Tomyam sebab tomyam di sana sedap tau walaupun kedai itu bukan kedai makan Thailand. Anda juga boleh menikmati makanan seperti nasi goreng, nasi ayam hujau, nasi ayam penyet, dan macam macam lagi. Harga makanan biasa around RM4-6 and kalau yang special mahal sikit around RM10+.. Kalau biasanya saya tak berapa suka nasi goreng disitu sebab rasanya agak biasa. Tapi kalau kueyteow kungfu ke bihun tomyam ke selain daripada mi rasanya sedap. Saya pernah rasa bihun goreng tomyam di sana dan ianya sangat sedap menepati citarasa saya walaupun saya bukan pencinta bihun goreng. Jikalau anda sukakan pedas atau inginkan ais lebih ke kurang ke, setiap detail order anda akan diambil peduli, tak seperti di sesetengah kedai yang tak layan permintaan pelanggan. Setakat ini, kesemua makanan yang pernah saya order di sana semua sedap dan murah. Tak caya? cuba lah

bihun tomyam pedas

Sup ayam


ayam penyet
Nasi goreng cili padi

Comments

Popular posts from this blog

Rosli Smart Suspension

ROSLI SMART AUTOMOTIVE/ SUSPENSION