Posts

Showing posts from December, 2016

Ayam Penyet Padang Jawa

Hai, kali ni saya nak bagi review pasal kedai makan Ayam Penyet Padang Jawa. Bukan saya je review, ramai lagi bloggers yang dah review pasal kedai ni. I am sure most of you yang duduk di Shah Alam tahu kewujudan kedai Ayam Penyet Padang Jawa ni. Setakat ni, ayam penyet paling sedap yang saya pernah makan adalah Ayam Penyet Epi (mahal) dan Ayam Penyet Padang Jawa (murah). Apa yang menarik disini ialah harganya cuma RM5 dan anda boleh ambil kuah serta nasi sendiri. Nak tambah nasi dan kuah free je. Sambal dia sedap. Kuah dia nampak macam air kosong tapi rasa rempah. Mostly kedai ni dipenuhi lelaki sebab lelaki memang suka makan banyak kan. Kedai ni buka sampai malam. Memang best.. Kalau anda berada di Shah Alam, anda wajib cuba. Alamak, dalam banyak kali saya pergi, saya lupa langsung nak bergambar. Uolls google lah sendiri ye..

Cafe Sri Gemilang Shah Alam

Image
Assalamualaikum, Hari ini saya buat review untuk Cafe Sri Gemilang yang terletak di hadapan restaurant Nasi Arab Ar-Rausya bersebelahan dengan Dewan Raja Muda Musa Shah Alam. Pada asalnya, kawan baik saya yang suruh try makan disitu. Disebabkan saya food hunter, saya pun datang kesana dan saya lihat menu yang ditawarkan disini semuanya masakan Melayu. Contohnya nasi lemak berlauk, soto, lontong, char kueyteow, goreng goreng, nasi ayam penyet, nasi set ikan masak asam pedas, set sup tulang, dan macam macam lagi. Di situ juga terdapat air laicikang yang sedap dan juga side dishes seperti roti bakar, ubi beserta sambal dan sebagainya. Harganya pun berpatutan sangat seiring dengan rasa dan portion. Portion besar dan cafe disitu pun cantik. Cafe tutup pada jam 11 malam. Breakfast, lunch, tea time and dinner pun boleh. Apa lagi? Jom? Nasi goreng kampung special LaiChiKang SourSoup sedapppp.. Soto dan bergedil..dalam gambar nampak kecik tapi portion besar tau plus s

Ayam Penyet Mas Mono

Image
Harini saya dan kawan kawan try makan kat Mas Mono. Sebab kami teringin nak makan ayam penyet, instead of kami makan kat ayam penyet Epi yang memang sedap tu, kami try makan kat Mas Mono. Kedai disitu tak ramai orang sebab lokasi nya tak berapa strategic. Feedback daripada saya, saya tak berapa suka dengan portion nya yang agak sikit dan ayamnya juga kecil. Rasa ayam penyet di situ juga tidak berbaloi dengan harga nya yang sememangnya mahal. Tapi itu pendapat saya, bagaimana pula anda? AYAM PENYET MAS MONO

BrotherHood.Co Seksyen 7 Shah Alam

Image
Assalamualaikum. Sebenarnya saya dan kawan kawan saya mula untuk jadi 'food hunter' baru baru ini sebab kami suka makan dan 'try' benda baru. Yela, kami pelajar uitm dan menyewa di sekitar seksyen 7. Jadi, kami berasa rugi untuk melepaskan peluang merasa makan di cafe dan restaurant yang 'famous' di sana. Okay harini saya akan bagi 'feedback' untuk kedai makan brotherhood yang terletak di area seksyen 7 shah alam dan anda mesti datang. Saya tidak dibayar untuk bagi 'review' kedai ini dan saya juga bukan ada kenalan pun di situ. Tetapi tergerak hati saya untuk 'recommend' pada anda semua makan di sini kerana makanannya berbaloi dan murah. Bagi saya, kedai yang cantik, hipster dan service tiptop biasanya mahal kan? Tapi tidak di brotherhood. Mereka menawarkan menu istimewa dan ada juga biasa biasa. Ikut selera anda la, selalu saya akan order Tomyam sebab tomyam di sana sedap tau walaupun kedai itu bukan kedai makan Thailand. Anda juga bo